Thursday, April 2, 2009

Berilmu tapi tak berahlak???

Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......

Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

Allah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a : Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad. (Riwayat Bukhari)

Sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata :

" Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan tatkala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur" ( Jami' Bayan al-`Ilm wa Fadhlih ; 1/616 )

Ulama berbeza pendapat mentafsir perkataan "as-Sighar atau muda dalam athar di atas. Ibn Qutaibah : ertinya individu usia muda tandanya umurnya masih kecil dan giginya masih kecil.

Umar Al-Khattab berkata :

Ertinya : "Telah aku tahu bilakah manusia menjadi baik dan menjadi buruk. Apabila datang kefahaman hukum Fiqh dari orang muda, nescaya mereka akan sentiasa bercanggah dengan orang tua, namun apabila kebijaksanaan fiqh itu datang dari orang tua, yang muda akan mengikutinya dan sama-sama mendapat hidayah." (Jami' Bayan al-`Ilm wa Fadhlih ; Ibn Abi Al-Barr)

Terdapat juga ulama yang membawakan tafsiran muda boleh membawa erti fizikal umur dan juga secara maknawi iaitu umur tua tetapi ilmunya masih muda dan seperti kanak-kanak.

Kesimpulan dalam bab ini, ambillah ilmu dari mereka yang berpengalaman, sebaiknya yang berusia lagi alim.Namun sekiranya yang berusia sudah pupus yang alim dan tinggi ilmunya, sehingga ramai mula mengambil ilmu dari ilmuan muda. Itu antara tanda akhir zaman . Nabi bersabda :

"Sesungguhnya salah satu dari tanda hampirnya kiamat adalah orang menuntut ilmu dari mereka yang muda (fizikal dan umur, atau boleh juga membawa maksud orang kurang ilmu dan pengalaman)" ( Riwayat al-Lalakie; hadis sohih, 1/102)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

Allahu..Allah. ..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

Firman ALLAH:"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun". (Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh Allah.

Ilmu yang dipelajari semata-mata dari blog dan buku tidak mampu memberikan segalanya buat anda. Carilah ia dari guru dan dari mulut sang guru. Tanpa memperolehinya dari mulut sang guru, ia mungkin sahaja membawa kepada kefahaman yang lain dan maksud yang salah. Imam As-Syafie berkata :-

Ertinya : Sesiapa yang mengaji dan mempelajari ilmu hanya dari perut-perut kitab, akan hilanglah hukum-hakam; ( Tazkirat as-Sami'; hlm 87 )

sumber :jarumemas.blogspot .com dan www.zaharuddin. net

Friday, January 30, 2009

JPA masuk dah...nak belanja gapo dih???

Di sini saya ingin mencuri perhatian msiswa/i berkaitan pergolakan yang berlaku di Asia Barat. Palestin sebuah bumi suci yang sudah terlalu lama bermandikan darah para syuhada', pada ketika ini masih lagi tidak dapat merasai nikmat kedamaian. Saban hari, santapan pancaindera mereka hanyalah air mata dan tangisan. Namun begitu, dalam kemelut yang melanda izinkanlah mereka mengecapi secebis rasa kasih sayang, perhatian daripada saudara seislam, seakidah dengan mereka agar mereka merasai masih ada harapan, bantuan, dan sokongan terhadap perjuangan menegakkan agama Allah, perjuangan mempertahankan hak mereka daripada zionis. Oleh itu, di sini saya ingin menyeru sahabat-sahabat agar menyahut seruan sabda Nabi SAW. yang bermaksud
' Sayangilah saudara kamu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri '
Kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk memerangi tentera zionis tetapi ingatlah sahabat-sahabat bahawa doa adalah senjata terkuat bagi kita umat Islam. Ketahuilah, isu Palestin bukan lagi isu agama tapi ia adalah isu kemanusiaan..semua orang perlu menonjolkan rasa simpati mereka tidak kira apa sekalipun bangsa mereka sama ada cina, india, atau melayu dengan menghulurkan derma mengikut kemampuan masing2..bersempena dengan kemasukan JPA ke dalam akaun kita baru2ini,saya menyeru mahasiwa/i gunakanlah wang tersebut pada perkara yang bermanfaat dan boleh mendatangkan hasil yang boleh membantu kita di alam lain kelak..

Monday, January 26, 2009

MAHASISWA MEMIMPIN...

Mentaliti yang mahu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin. Pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran. Ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu ‘Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa

Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin yang dirobek oleh keganasan Israel sekali lagi membuka mata dunia. Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keperihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.

Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. Mahasiswa perlulah peka dan berasa kasih sesama mahkluk lain untuk menilai kewajaran sesuatu tindakan yang diambil. Sumbangan dan pengorbanan perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dalam medan yang sebenar seiring percambahan ilmu di dewan kuliah. Ia bukan sekadar berteori semata-mata di dalam universiti

Manfaatkanlah masa muda kita ini untuk berbakti. Generasi kita yang bakal menentukan corak masa depan negara. Jika kita tidak bersama merubah dunia, janganlah kita berasa sesal kecewa, apabila yang batil menguasai dunia.

Lihat di sekeliling kita. Nilailah sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti apa yang dituliskan oleh Fathi Yakan di dalam bukunya “Generasi Muda dan Perubahan” :
“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar”

Jika kita sedar, sesungguhnya setiap pemuda dan pemudi ini adalah permata-permata pemimpin yang amat bernilai dalam masyarakat. Di saat inilah harus kita gilap potensi pemuda-pemudi untuk berjuang dalam memimpin negara ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, pemuda-pemuda yang kita bina inilah yang akan menjadi sumber kekuatan ummah.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian, sama-sama kita teguhkan azam untuk kita lebih serius dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan islah. Buktikan kita ini, pemuda yang punyai semangat yang tinggi, kecekalan tidak berbelah bagi, dan perjuangan kita tidak akan mudah luntur.

TERIMA KASIH SEMUA!!! Kemenangan ini adalah kemenangan mahasiswa/i USM!!!

Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Pengasih…
Assalamualaikum wbt serta salam perjuangan… Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kepercayaan saudara-saudari dan sahabat-sahabat terhadap saya untuk meneruskan perjuangan MPP yang lepas agar membawa suara-suara mahasiswa ke arah kehidupan yang lebih adil,berkebajikan dan berwawasan tinggi. Terlalu banyak kisah suka dan duka sepanjang proses kempen pilihan raya sehingga tiba saat kemuncak iaitu tempoh pengiraan undi. Saya berasa syukur ke hadrat ILLAHI di atas kemenangan ini .Walaupun pada masa itu saya berasa berdebar-debar dan keletihan serta dicemari dengan pelbagai kontroversi yang tidak berasas, namun semangat untuk melalui liku-liku kehidupan itu dapat ditempuhi dengan bantuan dan sokongan sahabat-sahabat seperjuangan. Tidak dapat digambarkan saat-saat manis dan masam bersama rakan-rakan yang sama-sama mempromosikan diri saya semasa kempen yang lalu dan mengembalikan imej dan maruah saya semata-mata berpaksikan pada landasan kebenaran. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa-jasa kalian. Sesungguhnya kalian-kalian saya doakan mendapat rahmat dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH swt.

Kepada pengundi-pengundi yang tidak memangkah saya juga saya mengharapkan agar saudara-saudari berlapang dada dan elakkan sebarang tindakan yang merugikan mahasiswa/I USM serta kesejahteraan kampus itu sendiri. Marilah bersama-sama saya dan saya ingin mengambil kesempatan di atas kemenangan ini untuk membalas kepercayaan mahaisiwa/I yang melawan arus untuk mengundi saya. Bukalah hati serta mindamu untuk kita sama-sama berfikir kearah kesatuan ummah yang lebih baik dan membawa perubahan yang bersifat kekal serta memberi manfaat selari dengan pengiktirafan universiti APEX yang menjadi kebanggaan warga USM.

Kini, setelah hampir seminggu bergelar MPP, saya berasa sangat bersyukur di atas nikmat yang telah allah berikan sehingga kini dan menjadi harapan saya agar semua mahasisiwa/I USM memberi peluang kepada saya untuk melakukan yang terbaik di dalam apa sahaja aktiviti baik di masa sekarang mahupun di masa akan datang demi pembangunan potensi diri, mahasisiwa/I serta masyarakat kampus amnya. Segala janji-janji yang saya taruhkan untuk kemenangan ini akan saya sedaya upaya mengusahakannya agar menjadi suatu realiti. Bersama-sama lah saya dengan memberi kerjasama yang terbaik kerana sesuatu usaha itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sokongan yang padu dari semua pihak. Yang paling utama pergantungan saya terhadap segala amanah yang dipikul ini hanyalah pada ALLAh swt dan ingin mendapat keredhaanNYA. Kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH swt jualah sebaik-baik perancang.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar." Riwayat Ahmad. sumber: iluvislam.com

“Di antara mereka orang-orang mukmin ada yang telah menepati janjinya kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan setengah daripada sedang menunggu (janji Allah). Dan mereka sesekali tidak akan mengubah janjinya walau sedikit jua pun”- al-Ahzab :23

Ingatlah wahai sahabat dan teman seperjuangan, perjuangan ini tidak pernah dihamparkan dengan karpet merah, penuh onak dan duri, diri kamu tidak akan sesekali dihiasi dengan intan berlian, harta kekayaan, kerana tiada yang mudah dalam berjuang, tiada mahar yang lebih mahal dagangannya untuk dijual beli melainkan kamu mendapat balasan Syurga yang abadi di sisi Allah SWT, terkorban, kalah atau menang bukan ukuran kerana syahid adalah jalan yang paling kita rindui. Jika dikurniakan kemenangan maka gunakan ruang dan peluang itu untuk beramal, banyak melakukan kebaikan dan berbakti, tapi jika diberikan sedikit ujian kekalahan, maka insafilah diri kerana kita masih gagal menarik Nusrah Ilahi, tetapi janganlah pula berputus asa kerana kita tetap punya Allah Yang Maha Kuasa!

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali ‘Imran: 139).

Aplikasikanlah ia dalam setiap celahan hidupmu…. Salam perpaduan…
Suara KITA Suara BERSAMA…. Norazimah bt Yusoff (MPP 08/09)

Wednesday, December 17, 2008

Majlis Perasmian Anti-Hedonisme yang penuh bertenaga...

Assalamualaikum... tahniah buat adik-adik SKB yang telah berjaya menjayakan perasmian Anti-Hedonisme semalam(17 December 2008) di Surau Murni yang dirasmikan oleh Dr.Hj.Wan Nudri b Wan Daud. Pada mah ia merupakan satu usaha yang perlu disokong agar generasi muda terus diterapkan dengan fahaman yang tinggi tentang hiburan yang dibenarkan dalam Islam.

Firman Allah dalam kitab suci-Nya yang maha agung: yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

(Q.s. Ali Imran: 185).

Jadi, diharap semua mahasiswa/i sedar akan kepentingan menjauhi hiburan melampau yang akan menghancurkan ummah. tengok kepada statitik yang dibentangkan oleh Dr. Wan Nudri b Wan Daud(Timbalan Pengarah Pusat Islam USMKK) , kita dapat lihat secara kesimpulannya lebaih ramai orang lain masuk Universiti, namun ramai orang melayu masuk pusat Serenti. Perkara ini harus tidak terjadi lah dikalangan kita orang melayu yang majoritinya beragama Islam.

Seperti yang kita sedia maklum, masalah lepak di kalangan remaja bukan lagi fenomena baru, malah seolah-olah sudah menjadi budaya yang boleh disifatkan sebagai berkesinambungan dari satu generasi ke generasi baru. Cuma bezanya dengan generasi terdahulu, remaja yang melepak sekarang kelihatan lebih mewah kerana ramai daripada mereka kelihatan bergaya dengan telefon bimbit, selain berpakaian berjenama, malah ada yang berkenderaan sama ada motorsikal ataupun kereta. Senario ini mencerminkan kehidupan generasi hari ini lebih senang dan mewah berkat hasil kemajuan yang dicapai sejak merdeka. Dan sudah sewajarnyalah kemakmuran hidup yang dinikmati ini kita hargai dan syukuri bersama, dengan mengabdikan diri kepada Khalikul-alam, iaitu mengerjakan segala suruhan Allah dan menghindari diri dari segala tegahan-Nya. Insya Allah, dengan cara ini keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah akan lebih teguh dan mantap hatta membolehkan kita terus menikmati rezeki yang banyak yang melimpah ruah dari langit dan bumi.

Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan perlatan elektriknya mestilah yang serba moden dan canggih; kalau kenderaan pula, bukan sahaja dari jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori mutakhir yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya; begitu juga dengan pakaian, harus dari jenis yang berjenama dan bergaya; dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus pula di tempat-tempat yang ada kelas. Dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah sejak kebelakangan ini.

Maka tidak menghairankan kita bilamana berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras ugut, pengedaran dadah dan lain-lain lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta, hiburan dan sebagainya. Pendekata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Dan sesuatu hal yang amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan remaja.

Maka, kita lihat ini semua berpunca daripada masalah remaja yang mengagung-agungkan budaya hedoisme nie.. Akibatnya masalah sosial yang meruntuhkan serta menghancurkan umat manusia. Kebejatan sosial yang menyelubungi kehidupan manusia hari ini disebabkan ceteknya fahaman mereka terhadap kesyumulan Islam. Walaupun Islam merupakan agama rasmi dan orang Mlayu yang paling ramai beragama Islam, apakah mereka benar-benar menghayati Islam? Mungkinkah mereka beragama Islam disebabkan tradisi aiatu keturunan mereka yang sudah beragama Islam. apakah disebabkan benda tu, orang melayu yang kononnya beragama islam tidak perlu mempelajari agama islam dengan lebih mendalam?

Remaja dan belia Melayu paling ramai terjebak dalam gejala sosial seperti mat rempit, berzina, hisap dadah dan rasuah.Menagapa? apakah kerana agam Islam itu tidak baik atau penganutnya tidak mahu mendaulatkan agamaIslam?

Bagi mah lah... msalah sosial dikalangan remaja melayu hari ini disebabkan mereka tidak memahami ajaran Islam, sebab itu kita bagi asas supaya mereka benar-benar faham apa itu Islam.

mah harap lah kita semua harus bergading bahu memberi kefahaman Islam yang jelas kepada sahabat-sahabat kita.Teringat mah masa ditanya oleh rakan cina sewaktu sekolah cina dulu, mereka selalu kutuk melayu nie jahat lah, banyak rogol lah.. sakit telinga mah dgr.. tapi mmg betul pun semua tu... puncanya daripada kita yang xfaham Islam lah...

jadi mulai sekarang...muhasabah diri balik... cuba fikir cara nak kembalikan kesucian Islam.. sekarang nie minggu Anti-Hedonisme kan? so, harap semua boleh fikir2 kan method untuk membawa program anti Hedonisme nie dengan lebih berkesan sehingga mampu mambawa perubahan kepada pefahaman Islam yang syumul.

sekarang nie dengar khabar adik2 SkB akan adakan Tayangan Video dan Kuiz (Anti-Hedonisme 18/12/08), Sukaneka Muslimat(pg) (19/12/08) dan hari yang sama mlm ade Hari Untukmu Wanita. Pada 20/12/08 akan ade Explorace Muslimin pada 20/12/08. Majlis Penutup pada 23/12/08. Semua dijemput untuk menyertainya dan sebar2kanlah...

JIka ade sebarang cdgn,silalah msg mah atau bgtau terus kepada adik2 tahun satu SKB. syukran.Akhir kata,saudara-saudara kaum muslimin sekalian, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa.Firman Allah :

Maksudnya:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”

(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).

Saturday, December 13, 2008

Kenangan Lampau yang mengamit cetusan erti hidupku...

“ Nona!!! Cepatlah sikit..jom pi dewan..main lompat2 getah!!!..”ajak Mei Ling. mah membalas: “ok2..tunggu jap…berat beg nie..awak mail ah tolong”. Tergedek-gedek mah galas beg yang berat nie(ai maklumlah sekolah cina banyak buku yag cikgu suruh bawa)…sambil bawa bekalan makanan yang mak sediakan nie...akhirnya 2 minit kemudian..sampailah mah dengan mei ling ke dewan sekolah…
Haa…Mei Ling tu xsabar2 sokmo ajak mah pi main lompat getah yang seolah-olah sukan lompat tinggi olok2 buat kami… memang popular lah main lompat getah tu dlm sekolah tu.. hmm…setiap kali sebelum mula perhimpunan 15 minit menunggu loceng berbunyi, mah dan rakan2 akan menghabiskan masa untuk bersukan sampai basah tubuh kami… yelah…main sungguh2 sangat2..berpeluh abis…pastu busuk lah satu dewan dengan bau kami nie…belum lagi masuk kelas tu..huhuhu…
“Cepat!!! Nona.. giliran awak pula..”Sahut Mei Ling… “Baik.. saya sedia!!!” balas mah penuh semangat. Memang permainan nie menjadi kegemaran mah dan rakan2 cina mah waktu sekolah rendah..getah yang kami kumpul di tepi2 jalan kami ikat dan sambung2 sampailah jadi satu tali yang panjang… kemudian di pegang oleh dua orang pada kedua-dua hujung tali getah tu… siapa yang dapat lompat pada paras yang paling tinggi iaitu tahap kepala apabila seseorg dudukmemegang tali itu…dia akan berpeluang untuk berada di barisan belakang aturan semasa perhimpunan.. hehe..semua berebut2 untuk memenangi lompatan itu agar dapat baris di barisan belakang.. tahu x sebab ape? Hmm… guru besar kami garang betul…. Sape yang dok depan2 memang akan kena lah… maksud mah menjadi sasaran guru besar untuk didenda jika xnyanyi lagu sekolah dengan kuat dan baik…
Hmm..sahabat2..tahu x sebab ape diorg panggil mah dgn panggilan “NONA”..hehehe..lucukan…Masih teringat mah waktu zaman tadika lagi…waktu mula-mula masuk sekolah tadika cina.. masa tu soalan pertama yang cikgu tanya tu dlm bahasa cina sewaktu sesi taaruf(berkenalkenalan). Memang mah xfaham abis lah….yelah…mana tak yer..mah bukan org cina tambahan lagi tu hari pertama mah masuk sekolah cina…cikgu tu tanya gini(dlm BC): “siapakah nama kamu?” mudahkan!!! Hmm.tahu x ape mah jawab? Mah nangis sekuat hati… sebab mah xfaham…mah rasa dunia asing sangat bagi mah…mah disekelilingi oleh makhluk2 yang berbahasa alien..hehehe..over pulak…. Betul3…
Lepas cikgu tu tanya pula dlm BM..mah pun sebutlah “nora”..tapi disebabkan cikgu silap dengar dan payah untuk menyebut nama mah yang satu2 nya dlm melayu… maka… diorg pun tersebutlah nama mah menjadi “ NONA”..hmmm..sejak dari situlah sampai sekolah menengah semua rakan2 cina mah akan panggil mah dengan nama :”NONA”…kadang-kadang rasa comel pulak panggilan tu walaupun rasa pelik dengan nama tu..hmmm…xpelah…xkesah pun…
Ok..berbalik pulak pada sesi pembelajaran di sekolah rendah dulu.. sebenarnya mah nie suka matematik masa sekolah dulu… dan bahasa.. hmm…sepanjang mah sekolah di SMJK SAN MIN NO 1 Teluk Intan tu… banyak lah yang mah belajar.. terutama bahasa cina,cara rakan-rakan cina mah belajar, dan perhubungan di sana.. Tahu x dlm satu sekolah tu..budak melayu yang ade hanya mah dan kawan mah, adilah…hmm..tapi ade lah seorang lelaki melayu namanya Helmi berada dalam darjah 5 waktu kami dalam darjah 3…tapi xkenal sgt dia..dia budak pandai gak lah…
Waktu sekolah rendah..mah dok kelas no dua cmtu…hehe..maklumlah..bahasa cina kan teruk sikit..susah nak skor.. mah amik 7 subjek masa UPSR…seronok juga BC walaupun agak susah..malah org cina sendiri pun kata susah..BC nie kena hafal perkataannya… satu perkataan saje dah ade 4 maksud sebab ade 4 jenis bunyi berbeza… jika setiap bunyi perkataan nie digabung dengan perkataan yang lain, 4 darab 4 jadilah 16 maksud yang berbeza..hmm..kena ingat plak tu maksud dia…memang kerja menghafal je lah kiteorg..terutama mah lah..bukan background keluarga cina..so agak payah jugalah nak tangkap…
Hmm..satu yang mah suka masa sekolah cina ialah kerja sekolah yang bertimbun-timbun..mesti kebanyakkan kita benci benda tu kan… mah rasa seronok dpt kerja yang banyak setiap hari..boleh katakan setiap subjek tu ade 5 kerja dan ke atas kena siapkan… kalau 7 subjek..jadi mcmana? Renung2kan.. actually kan dia buat mah jadi rajin dan disiplin.. masa mah byk dihabiskan untuk ulangkaji pelajaran masa dulu…takut tau..kalau xsiap kerja kena pukul dengan rotan… pernah satu masa dulu..mah xsiapkan kerja BI. Em..dapat pula cikgu Bi yang garang waktu tu…nasib mah memang xbaik lah.. mah kena pukul sampai merah2 dan nak layu rasa tgn mah… teringat mah saat melelehnya air mata kesakitan…lepas tu mah dipaksa berdiri kerusi dan duduk di koridor… hmm.. memang pengalaman yang menyakitkan tapi lucu juga…tgk muka cikgu masa tgh marah..memang lucu…ish2..xbaik betul mah nie…
Lagi nak cerita waktu sekolah dulu, mah nie minat lah kat satu cikgu tu..hehe..cikgu lelaki lah..nama dia Heng Mok Chai(aduh..abislah kalau ex-student san min baca nie..hehe)..hah..cikgu BM tu.. hehe..kenapa ek? Subjek BM lah yang boleh beri kefahaman yang jelas buat mah..sebab semua subjek termasuk sains dan matematik diajar dlm BC.. kecuali BM dan BI.. mah xminat Bi sebab cikgunya garang..tapi mah minat BM sebab cikgunya buat mah terjatuh hati..aduh…setiap kali kelas BM mah akan penuh semangat sebab mah sorang je yang menjadi perhatian cikgu Heng(huh.perasan sungguh)..betul3..kiranya BM mah no 1 lah dlm kelas..tapi kalau subjek lain hampeh ler… huhu.. Cikgu Heng muka dah dekat mcm org melayu..pastu dia kecek BM pun lancer..hmm… rasa indahnya masa tu..dapatlah juga bercakap bahasa melayu sekali sekala cuma dlm kelas BM saje.. lagi satu kan..cikgu tu sorang je panggil mah dengan panggilan yang tepat lagi benar: NORA..aduh..lagilah mah syg dan cinta sgt kat dia masa tu…mah siap buat satu diary yang tercatit semua maklumat pasal diri dia jer…hehehe.. yelah cuba korang bayangkan jika korang merantau ke Negara CHINA misalnya, tetiba terjumpa sorang yang dari Malaysia..mesti teruja kan..mcm tu lah mah…
Memang hidup mah dari kecil hanya tumpu pada belajar dan bermain-main…kadang2 kita rasa seronok kan..zaman kanak2 nak peduli ape soal2 masalah masyarakat kat luar kan…tau nak main jer… tapi kadang-kadang jiwa rasa kosong masa tu… tahu x sebab ape? Mah rasa xde sape2 pun yang bgtau pasal islam pad mah walaupun mah nie org islam…mak ayah lah yang menerapkan nilai-nilai islam sikit2… tapi mah rasa mah masih jahil agama…kita xboleh salahkan mak ayah lgpun diorg pun bukan dari backgraound keluarga yang Islamik sgt pun kan..hmmmm… kat sekolah pun ustazah ade tapi xsokmo dtg mengajar lah… teringat mah dengan rakan mah adilah belajar agama di pondok yang agak terpencil dlm sekolah tu… hmm…yelah sebab xde kelas dah..semua dah penuh… bila time budak cina kelas moral dan kiteorg kelas agama, ustazah ajak pi pondok tu… belajar je lah walaupun dlm keadaan sempit dan panas.. tapi Alhamdulillah walaupun kami susah.. mah rasa tenang belajar agama..tiap kali kelas agama mah akan masuk awal…ustazah yang mengajar kami nie dari sekolah lain..yang ditugaskan untuk bergerak mengajar anak-anak islam yang tercicir dari pelajaran agama…terutama anak-anak islam yang berada dlm sekolah cina lah..sungguh daif waktu tu…mah sembahyang waktu ade kelas agama jer lah.. kalau waktu2 lain..mcm xsemabhayang jer..mmg xpun..ish..ish..ish…tapi hidayah ALLAH tu milik ALLAh kan…sampaila mah mendapat satu sinar dan hidayah allah yang akan mah lupakan sampai bila…Nak tahu ceritanya..nntkan untuk slot akan dtg… xsesuai cerita memori zaman sekolah rendah…hehehe…